↧
WORDLESS WEDNESDAY #74 .:. REZEKI
↧
SEMBANG GEGURL .:. INNISFREE NO-SEBUM MINERAL POWDER
Assalamualaikum. Holla ~
Sambungan dari entri beberapa hari lepas. Bukanlah sambungan sangat, cumanya MZ beli Innisfree No-Sebum Mineral Powder ni sama dengan Lucky Cheek Beam, dan ada beberapa lagi product yang MZ beli. Innisfree ni MZ kenal masa tengok NisaKay punya channel kat YouTube.
Masa tu cam terfikir, apo ko bondo nya Innisfree ni, napa tak pernah nampak lagi. Okeylah ! To cut it short, tak lama lepas tu Innisfree ada masuk dalam TV dalam rancangan apa ntah, at that time barulah MZ tahu apo ko bondonya Innisfree ni.
Bila dah tahu, mulalah perasaan teruja nak mencuba tu datang. Memang perasaan tu sangat dalam menebal dalam diri MZ nak-nak benda yang ada kaitan dengan beauty. Muhahaha... Alaang-alang ada diskaun, tu yang MZ rembat jugak Innisfree No-Sebum Mineral Powder ni.
Bersaiz kecil dan comel, 20g, memang senang untuk dibawa kemana-mana. Dibekalkan jugak span putih yang comel ni. Terasa macam diri ni comel pulak menggunakan Innisfree No-Sebum Mineral Powder. Hahaha...
Selepas menggunakan Innisfree No-Sebum Mineral Powder ni, MZ rasa teruja dengan hasilnya. Yelah ! Kebetulan muka MZ memang dalam keadaan terbakar, tapi selepas menggunakan Innisfree No-Sebum Mineral Powder, tak nampak sangat yang muka MZ terbakar. Risau jugak kalau kontra warna ni, memang MZ cuci je nanti. Tapi, memang hasilnya sangat memuaskan.
Innisfree No-Sebum Mineral Powder ni tidak mempunyai bau. Jadi tak payah nak letak high expectation dalam bau-bauan ye. Boleh jugak menggunakan brush untuk apply Innisfree No-Sebum Mineral Powder ni, ikutlah keselesaan korang.
Tapi, yang MZ tak berapa nak gemar, sebab dia punya powder tu kena shake, baru boleh guna. Agak comot lah jugakkan time shake tu. Kalau shake perlahan sangat, keluar sikit sangat pulak, Ke memang MZ ni jenis bangsa tak penyabar ? Hahahaha...
Overall, memang puas hati dengan Innisfree No-Sebum Mineral Powder ni. Hermo tengah buat promotion lagi untuk Innisfree No-Sebum Mineral Powder ni. So, korang boleh check out Hermo untuk diskaun dan product yang lain.
↧
↧
SPENDING YOUR DAYS !
↧
ADDICTED ! CHEESE STICK
Assalamualaikum. Holla ~
Sapa sepesen dengan MZ ? Tengok dulu, kalau ada orang review benda tu best, or orang bagi then kita rasan, benda tu best, baru kita beli, or consume ? Haaa.. Jangan nak baling batu, tapi sorok tangan ye.
MZ suka jugak mencuba, tapi kadang tu ada jugak low expectation untuk sesuatu barang contohnya macam Cheese Stick Samudera ni. Banyak kali dah benornye tengok kat kedai, tapi acuh tak acuh je mata MZ ni memandang.
Sampailah satu hari aunty MZ bagi Cheese Stick Samudera ni untuk rasa. Terus ! Tangkap cintan ! Sedap wey ! Roti pun lembut, tak sangka sesedap ini. Kalau tahu, dah lama MZ beli untuk buat stok.
FYI, MZ sejenis penggemar roti. Kikiki
Ni lah rupanya Cheese Stick Samudera tu. Sedap ! Roti pun lembut, cheese pun tak kedekut. Halal, don't worry. Tak halal, MZ tak beli lah ye.
So, len kali kalau nak cepat, Cheese Stick Samudera ni memang akan menjadi pilihan untuk dibuat bekalan. Cheese Stick Samudera ni boleh jumpa dekat kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian jugak.
Jangan tak tahu, jauh tau Cheese Stick Samudera ni terbang, sampai Krabi. BUt still, sedap dan boleh dimakan walaupun terbang over the district.
↧
Uyul Rosli 1st Giveaway
↧
↧
Segmen Bloglist Seindahcerita by nieyl
↧
REVIEW CHIPSMORE CHUNKY COFFEE vs ORIGINAL
Assalamualaikum. Holla ~
How your day lads ? Everything is in great isn't it ? Alhamdulillah...
Orang selalu cakap, happy tummy, happy me. Dan disebabkan itu, hari ni nak review biskut Chipsmore Chunky Coffee vs Original.
Yang ni beli dekat Giant, so kalau teringin nak rasa jugak, boleh check out kat nearest Giant. Dekat mall lain, I'm not sure, boleh check sendiri. :)
Kenapa pilih Coffee dan Original ? Everything must be a reaon, so same with this. Since Chipsmore mengeluarkan flavor Coffee dan Original untuk produk terbaru mereka, yang turut didakwa sebagai chunky. Chunky ke tak, stay on the track, hokey na baaaa...
Bought this with the same reason as usual, as stock at the office. Since, pagi tu (bukan hari yang sama ianya dibeli) tak bawak bekal langung sarapan pagi, Chipsmore Chunky telah menyelamatkan keadaan. Of course, at fisrt mestilah bukak yang Coffee dulu sebabnya yang Original tu kan dah selalu makan.
Yang atas ni Original manakala kedua-dua gambar di atas ialah Coffee. Perasan tak warna Chipsmore Chunky Coffee tu agak pucat, itulah Coffee.
At first bite, it really disappointed me. Bau coffee tu ada, tapi bau butter jugak agak kuat dan menggelamkan bau coffee. Coffee addict mesti suka bau bauan coffee dulu sebelum ianya selamat ditelan. Tapi, yang tu agak kureng.
Gigitan cinta yang pertama jugak menggagalkan harapan MZ untuk bermenantukan Chipsmore Chunky Coffee ni. Agak lemau ! Itu yang MZ rasa. Terus rasa macam terpotong niat nak makan, terus MZ simpan dan bukak pulak Chipsmore Chunky Original.
Orignal punya testur memang berbeza gilos dengan Coffee. Rasa dia lagi curnchy dan ditambah pulak dengan kehadirang chuncky chipsmore. This is one, I like.
Diluluskan oleh Jabatan Agama Islan, China. Dah dibuat sana, takkan lah nak cop Jakim pulak kan ? Logic sikit please.
Yang atas ni Original manakala kedua-dua gambar di atas ialah Coffee. Perasan tak warna Chipsmore Chunky Coffee tu agak pucat, itulah Coffee.
Nak dijadikan cerita, satu petang yang sejuk umpama didalam peti sejuk beku, Chipsmore Chunky Coffee tekah mendapat habuannya, Tapi, kali ini... Bau butter masih sama, cuma sudah tidak lemau. Sedap pulak bila makan, laju je....
Chunky Chipsmore memang besar-besar dan sedap. Sesuai untuk disimpan untuk dijadikan stok simpanan baranng ketika "hanyut", Cumanya mungkin Chipsmore Chunky yang mula, packaging tidak begitu sempurna.
Kalau suruh pilih, antara Coffee vs Original, dah tentu MZ akan amek yang Orignal, sebab rasa Original saling tak tumpah macam Chipsmore biasa.
↧
SEMBANG GEGURL .:. SENDAYU TINGGI DOLL SKIN BB CUSHION
Assalamualaikum. Holla ~
Entri gegurl lagi. Tabah menghadap ye sebab MZ banyak entri sembang gegurl nak up nih. Muhehe.. Siapa suruh peram lama sangat kan, sampai product pun dah nak habis baru nak review.
Ni first time MZ menggunakan Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion dalam code 02 Cotton Candy. Kalau tak silap MZ, Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion ada dalam 4 atau 5 code warna bergantung kepada warna kulit korang. Harga dia dalam RM4+.++ selepas diskaun.
Memandangkan kulit MZ taklah begitu cerah dan tak jugak begitu gelap, MZ memilih code 02 Cotton Candy ni dan MZ memang sangat suka dengan warnanya. Putihlah sikit kulit muka MZ yang bagaikan tar jalan ni. Ahaks !
Yang ini MZ beli di outlet Sendayu Tinggi di Bandar Seberang Jaya dengan berbekalkan kad keahlian Sendayu Tinggi hak kepunyaan Cik Nina. Kuikuikui ! Maseh Ninaaa....
MZ terpengaruh dengan Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion ni pun sebab selalu sangat tengok channel Yatie Sendayu Tinggi dekat YouTube. Okeh ! Malas nak cerita pasal Kak Yatie tu, kalau tak sampai esok tak habis.
Maafkan MZ sebab penggunaan yang kerap, kotak pun dah terkoyak. Memang be'at dah, jenis tak suka buang kotak, suka simpan sampai barang dah habis, let go sekali dengan kotak. Kikiki...
Selain mempunyai UV protection yang tinggi, Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion jugak mampu membuatkan kulit korang lembap dan bersinar. Yang ni lah yang paling MZ suka pasal Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion ni. Selepas berpeluh, seseengah BB Cushion, bercapuk dan merekah, tetapi tidak untuk Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion .
Ianya akan membuatkan kulit kelihatan bersinar dan seumpama baru sahaja di touch up. Part ni lah yang paling MZ tak boleh move on. Tapi, jangan guna terlalu banyak, dengan pemakaian yang terlampau, nanti jadi tebal dan tak dapat effect glowing tu, effect merekah adalah. Cushion yang disediakan jugak sangat lembut dan comfy. Selesa ja menggunakan cushion ST ni.
Secara keseluruhannya, MZ memang berpuas hati dengan Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion ni. Memang repeatable, selain senang dicuci, effect yang tahan lama dan sangat memuaskan hati. Coverage almost to the fullest. Tutup semua lopak-lopak jalan. Heee...
MZ memang fall in love with every usage. How about you ? Kalau dekat Watson, jualan untuk Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion ni macam pisang goreng panas, cepat je habis. So, korang kena grab stok cecepat tau, atau boleh berhubung dengan dealer atau insta seller atau terus ke outlet Sendayu Tinggi untuk mendapatkannya serta produk Sendayu Tinggi yang lain.
Untuk harga yang sedemikian, mendapat kesan yang sedemikian, memang MZ rasa sangat berbaloi dan berpuas hati.
Ni hasil Sendayu Tinggi Doll Skin BB Cushion setelah seharian berpanas berpeluh merewang kenduri sepupu hari tu. No filter, no edit, adjust lighting pun tak.
↧
WORDLESS WEDNESDAY #74 .:. WHAT DO YOU SEE
Assalamualaikum. Holla ~
Cuba tengok gambar ni, fikir jap, fikir lagi.. dan lagi...
Apa yang MZ cuba sampaikan ialah, kalau korang tak duduk kat situasi orang tu, janganlah sewenang-wenangnya korang membuat sesuatu kesimpulan, korang tak tahu apa yang dia tahu, korang tak nampak, apa yang dia nampak, korang tak lalui apa yang dia lalui, apa yang dia lalui.
↧
↧
SEMBANG GEGURL .:. ESSENCE MOSAIC BLUSH
Assalamualaikum. Holla ~
Entri bersambung, product je yang lain. Ni first time MZ menggunakan blusher, first time jugak MZ membeli blusher. Dan MZ mempercayai Essence untuk mewarnai pipi gebus MZ. Essence menjadi pilihan hati disebabkan harga dan warnanya.
Seinggat MZ, Essence Mosaic Blush ni MZ beli di Watson (drug store peberet) dengan harga tak sampai RM20. Essence menawarkan pelbagai warna yang menarik ada yang mosaic dan ada yang satu tona warna sahaja.
Sewaktu di Watson, MZ telah menggunakan set tester satu tona sahaja, tapi sewaktu hendak membayar, MZ telah berubah fikiran dan mengambil Essence Mosaic Blush ni. Bila dah guna Essence Mosaic Blush, rasa menyesal pulak sebab rasanya warna yang satu tadi itu, lebih dekat di hati MZ. Namun, Essence Mosaic Blush banyak berjasa kepada MZ.
MZ pernah post gambar Essence Mosaic Blush semasa ianya baru dibeli di IG MZ. Boleh tengok kat SINI kalau nak tengok rupa awal, Essence Mosaic Blush. Yang ini, MZ baru snap recently dan dah nampak unsur sabotajnya. Kikiki
Essence Mosaic Blush yang menjadi pilihan hati MZ ialah code 20 all you need is pink. Ada warna yang agak kemerahan, ada pulak yang agak oren, bergantung kepada si pemakai lah ye. Sebab MZ baru nak try menggunakan blush, so MZ amek warna pink.
Overall, MZ memang suka Essence Mosaic Blush ni. Senang nak apply, sikit ja, dah nampak warnanya, senang nak cuci, dan yang penting murah.
Recommended brand Essence ni untuk korang yang suka drug store aka yang baru ni nak terjun ke dunia gegurl gittew. Tapi, since dia dah kena sabotaj kat tengah, warna dia dah kurang umph ! Jadi, MZ telah berpaling tadah kepada blush yang baru. Blush baru ni antara blush yang MZ suka jugak sebab.........
Tunggu review next entri !
Dalam bebanyak gambar, kalau yang ada blusher tu, semuanya menggunakan Essence Mosaic Blush sebab MZ ada satu je blusher berbanging dengan BB cream, CC cream dan foundation yang memang banyak tak terkira. Hahaha.. Okeh ! Over sikit. Tak lahhh.. Lebih dari 2, tapi kurang dari 10. So, kadang MZ pun confuse, apa yang MZ gunakan untuk hari tu. Tapi, kalau mascara dengan blusher, memang ada yang ituuu aje, jadi memang yakin hasilnya.
↧
SEMBANG GEGURL .:. MAYBELLINE SUPER BB CUSHION
Assalamualaikum. Holla ~
Siri sambungan entri sembang gegurl. Tapi, kali ni MZ nak review product yang lain pulak. Selepas BB Cushion yang digunakan sebelum ni dah menunjukkan tanda-tanda selamat jalan, MZ teringin jugak nak rasai kehebatan BB Cushion yang lain.
Bila survey, secara one to one dan diatas talian, MZ memilih Maybelline Super BB Cushion. Kenapa Maybelline Super BB Cushion ? Yang itu, MZ sendiri kurang pasti. Maybelline Super BB Cushion ni MZ beli dekat Hermo, boleh baca entri tu dekat SINI.
Best ke tak best Maybelline Super BB Cushion ni, korang kenalah teruskan pembacaan ye.
Outlook apperance Maybelline Super BB Cushion ni nampak classy and elegance dengan warna gold nye. Argh ! Barangkali ini yang membuatkan MZ tertarik untuk membeli.
Memilih code 2 Light, dan MZ rasa ianya sesuai je untuk tona warna kulit MZ. *phew*
Selepas beberapa kali penggunaan, secara jujurnya MZ memang tak berapa suka sangat dengan Maybelline Super BB Cushion ni. Effect dia tak macam BB Cushion yang MZ pernah guna sebelum ni.
Bila time peluh, muka nampak agak kusam, bercapuk, penat MZ cover dan touch up guna tisu tak nak bagi nampak sangat kesan itu. MZ ingat, MZ tepekkan tebal sangat, jadi kali kedua, MZ cuba kurangkan kuantiti dia, tapi, macam tak full coverage pulak.
Maka, MZ tebalkan sikit, but yet still kesan yang sama. Iolls sangat sedih dengan kesan itu. MZ dah cuba beberapa kali, dan hasilnya MZ tetap tidak berpuas hati.
Namun, tak best kat MZ tak semestinya tak best kat korang. Kulit setiap orang tak sama, kalau nak tahu best ke tak mestilah korang kena try dulu kan.
Maybelline Super BB Cushion ni mempunyai SPF 29, case yang sangat elegance pada pandangan MZ. Cushion yang agak comfy.
Selain daripada tu, Maybelline Super BB Cushion agak full coverage. Korang boleh still tutup lopak yang ada dengan dap kan cushion ke atas tempat yang dikehendaki.
Secara keseluruhannya, Maybelline Super BB Cushion ni bagi MZ so-so je. Kalau bab repeatable tu, bagi MZ tak lah kot. MZ lagi suka brand yang MZ guna sebelum ni. Tapi, sekali lagi dan suka diingatkan penggunaan setiap satu dari kita adalah berbeza, jadi kesannya jugak berbeza. Kalau nak tahu sesuai ke tak sesuai dengan korang, korang still kena try Maybelline Super BB Cushion ni. Baru boleh tahu..
Ni lah kesan dari Maybelline Super BB Cushion... No filter hokey ! Blusher pun merah sebelah sebab pakai dalam gelap.. Muhahaha.. larikkkkkkk
↧
GREEN TEA MCFLURRY REVIEW
Assalamualaikum. Holla ~
Alamak ! Entri dalam draft dah publish. Maaf atas segala keuskitan.
Dek kerana iklan McD yang terlampau mengancam, MZ turut terpengaruh dengannya. Dan disebabkan itu, MZ telah bergegas ke McD yang berhampiran. Sebenarnya atas urusan yang lain. Sebab terpengaruh dengan iklan, MZ telah selamat membeli dan menelan ayam goreng spicy McD dan Green Tea Mcflurry.
Apa rasanya Green Tea Mcflurry ni ? Meh la MZ share...
Green Tea Mcflurry ni agak cair sebab... atas urusan MZ tersebut. Green Tea Mcflurry ni bagi MZ, not bad. Nak kata sedap sangat tu tak la.. tapi ada la rasa Green Tea nya tu. Nak kata tak sedap sangat pun tak jugak. Rasa sebenar tak dapat dikenal pasti sebab MZ makan time cair.
Tapi, lelama akan cair jugak kan. Tapi, tu lahhh.. bagi MZ, oke-oke je. Nak kata jangan beli pun, tak jugak. Nak suruh beli pun, tak jugak. Pepandailah korang ye.
Yang penting MZ suka sebab ianya sejenis ais krim dan menyejukkan tekak walauoun rasanya tak berapa umph !
↧
PLUM TABLET CANDY ~ MENGGAMIT MEMORI
Assalamualaikum. Holla ~
Sapa kenai Plum Tablet Candy ni ? Sapa tak besa rasa Plum Tablet Candy ni ? Ish.. Ruginya hampaa.. Sedap kot Plum Tablet Candy ni.. MZ kenal Plum Tablet Candy ni berzaman dah, serasa dari zaman sekolah-sekolah.
Yelah ! On the way nak balik kampung, *kampung la sangat* mesti Bonda Tersayang beli Plum Tablet Candy ni buat bekalan. Duluuu, rasa macam tak hingin nak try Plum Tablet Candy. Sebabnya, mesti masam berdengung, nama pun plum. Tapi, satu hari, setelah diberikan nur, MZ telah tergerak hati untuk mencuba Plum Tablet Candy ni. Sedap kot !
Since that, memang in love with this Plum Tablet Candy. MZ ada tabiat yang satu ni, yang MZ rasa susah jugak nak buang. MZ kalau makan jenis chewy tablet or candy, memang suka isap sat ja, then terus kunyah-kunyah bagi hancoq, telan ! Lepas tu repeat lagi. Makna kata, that chewy tablet or candy, in a blink of eye, will settle down. Kikiki
Sapa ada tabiat macam MZ tu ? Tu MZ malas beli Mentos dan seangkatan dengannya, sebab tau, nanti sekelip mata, Mentos lesap, tak sempat orang nak cukai, MZ sendiri yang cukai dulu.
Tu sebabnya Plum Tablet Candy ni kalau dapat kat MZ, memang sekejap je habis, tak sempat nak simpan berhari-hari. Kalau nak simpan, jangan bukak packaging dia lagi, kalau dah bukak, pakai lah jawabnya.
Plum Tablet Candy ni adalah product buatan Malaysia dan sudah tentunya halal. Selain daripada plastic packaging yang boleh seal balik ni, Plum Tablet Candy ni jugak boleh didapati didalam bentuk botol. Tapi, MZ lagi suka dalam plastik ni sebab ianya lebih banyak dan murah berbanding dengan yang berada didalam botol.
Jangan tanya kenapa, kalau tak nanti MZ bawak buku IE (Industrial Engineering) kat hampa. Heee...
Bonda Tercinta cakap manis sikit Plum Tablet Candy ni, tapi MZ rasa sedap ja. Tak masam sangat, tak manis sangat. Sedang-sedang sajaaa... Entah ! Lain lidah, lain rasanya.. Suka MZ nak ingatkan pasal statement ni.
Yang ini, MZ beli di kedai RM2 di Teluk Air Tawar, jadi untuk 2 packet, 50gm ni harganya RM2.12 termasuk GST. Untung kan ? Kalau kat kedai biasa, lagi mahai dari harga ni weh.
Hari tu MZ ada beli Nestle Cornetto di kedai RM2 tu, terkejut MZ sebab Cornetto pun berharga RM2. Hampa rasa ? Kalau rumah MZ dekat dengan kedai RM2 tu, satu tong ais krim dia MZ hangkut. Wakakaka
↧
↧
WORDLESS WEDNESDAY #75 .:. IMPORTANT MESSAGE
↧
Harga Minyak Minggu Mac ~ April
Assalamualaikum. Holla ~
Berita baik ! Berita baik ! Minyak turun.. !!! *mata ke atas, tangan ke bahu*
Dah berapa kali punya dok naik, ni baru nak turun. Turun pun tak banyak, tapi okeylah dari dok naik je keja kan.
Tapi harga ni efektif bermula dari 30-March-2017 ~ 5-April-2017.
RON 95 - Turun 17 sen
RON 97 - Turun 19 sen
Diesel - Turun 9 sen
Harga baru :
RON 95 - RM 2.41
RON 97 - RM 2.13
Diesel - RM 2.11
Untuk pengetahuan, harga minyak akan berubah mengikut mingguan. Jadi, harga minyak akan berubah mengikut minggu.
Ada baik, ada buruknya. Kita tunggu dan lihat je lah ye ~
Berita baik ! Berita baik ! Minyak turun.. !!! *mata ke atas, tangan ke bahu*
Dah berapa kali punya dok naik, ni baru nak turun. Turun pun tak banyak, tapi okeylah dari dok naik je keja kan.
Tapi harga ni efektif bermula dari 30-March-2017 ~ 5-April-2017.
RON 95 - Turun 17 sen
RON 97 - Turun 19 sen
Diesel - Turun 9 sen
Harga baru :
RON 95 - RM 2.41
RON 97 - RM 2.13
Diesel - RM 2.11
Untuk pengetahuan, harga minyak akan berubah mengikut mingguan. Jadi, harga minyak akan berubah mengikut minggu.
Ada baik, ada buruknya. Kita tunggu dan lihat je lah ye ~
↧
SEMBANG GEGURL .:. SAFI BALQIS OxyWhite
Assalamualaikum. Holla ~
Safi Balqis bukanlah satu jenama yang baru. MZ dah menggunakan rangkaian product Safi Balqis dari MZ zaman sekolah menengah lagi. 10 tahun lebih dah oi. Rangkaian product Safi Balqis pun telah beberapa kali dinaik taraf serta diperbaharui.
Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna
Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.
SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite
Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.
Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.
Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.
SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek : 100ml
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek: 50g/ 100g
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a)Membersih jauh ke dalam liang pori
b)Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c)Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d)Sesuai untuk semua jenis kulit
SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek: 45g
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a)Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b)Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c)Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d)Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e)Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam
MZ memang suka rangkaian product dari Safi Balqis. Krim pelembab, krim kecantikkan, penyegar dan pencuci muka memang antara product yang MZ gunakan sehingga kini. Yang penting ianya tidak membayakan kulit.
Share lah sikit korang menggunakan product rangkaian Safi Balqis yang mana ?
↧
APA YANG MENARIK DI MUZIUM NEGERI KEDAH SEKARANG ?
Assalamualaikum. Holla ~
![Pameran Artifak Rasulullah]()
![Pameran Artifak Rasulullah]()
Bagi yang ingin berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini anda boleh membeli tiket secara atas talian (online) di www.tamadunislam.com
Harga tiket adalah seperti berikut
* Dewasa - RM 20.00 seorang * Pelajar - RM 10.00 seorang * Warga Emas - RM 10.00 seorang * OKU - RM 10.00 seorang * Kanak-kanak 6 tahun ke atas - RM 10.00 seorang * Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma
Website : http://www.tamadunislam.com Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak Instagram : http://www.instagram.com/pameranartifak Twitter : http://www.twitter.com/PameranArtifak
Yang tengah baca ni orang Kedah ka ? Tau tak apa yang tengah berlangsung di Muzium Negeri Kedah sekarang ? Ehh ! Geleng pulak.. Rugi lah tak tahu dan tak mengambil kesempatan dengan persekitaran hampa.
Ni nak habaq ni, untuk orang utara khususnya orang Kedah dan perlis, Pameran Pendidikan Tamadun Islam mendahului zaman sedang berlangsung di Muzium Negeri Kedah sekarang ni. Pada hari Isnin lepas,27-Mac-2017 perasmian telah diadakan oleh MB Kedah, YAB Dato'Seri DiRaja Ahmad Bashah dengan gilang gemilangnya yang turut dimeriahkan dengan bekas penyayi dangdut, Iwan.
![perasmian pameran artifak Rasullullah S.A.W]()



Apa yang menarik ?
Alhamdulillah. Diberikan kesempatan untuk menyaksikan sendiri artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya. Selalunya artifak-artifak seperti ini boleh dilihat apabila kita berada di Tanah Suci, namun pada kali ini ianya dibawa terbang jauh untuk tatapan kita yang masih belum mampu untuk kesana.
Ada perlbagai artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya yang berada disana, antaranya darah bekam Rasulallah saw, serban, janggut dan sebagainya.
MZ pun tak mau letak gambaq bebanyak kat sini, supaya hampa sendiri kesana untuk menysikannya. Masa sedang melihat artifak tersebut, rasa sebak di dada, Ya Allah.. walaupun kekasihMu belum dapat kutemui, tapi antara barangan peribadinya dapat kulihat walaupun dari dalam dinding kaca.
![Pameran Artifak Rasulullah]()
![Pameran Artifak Rasulullah]()
![]()
![]()
![]()


Selain itu, pengunjung betuah jugak bakal menerima cenderamata.

Sekarang jugak tengah berlangsungnya promosi untuk acara memanah. RM2 untuk 3 batang anak panah. Dan, jikalau panahan anda tepat, anda bakal menerima tiket masuk ke pameran secara PERCUMA.


Bila ?
Pameran artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya ni bakal berlangsung sehingga 19-April-2017, jadi hampa masih berkesempatan untuk kesana, untuk melihatnya sendiri. Pameran berlagsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Lokasi ?
Seperti yang diberitahu tadi, pameran artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya ni berlangsung di Muzium Negeri Kedah, jangan risau pasal parkin, kerana Muzium Negeri Kedah mempunyai tapak parkir yang luas serta percuma.
Kedah ialah negeri keempat selepas Melaka sebagai negeri yang terpilih untuk mengadakan pameran ini. Untungnya rakyat Kedah kerana artifak tersebut telah dibawa terbang jauh untuk berada di tanah Hijau Kuning.
Semoga dengan kehadiran kita di Pameran artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya tersebut dapat meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasulallah saw serta mendapat keberkatan dariNya.
Ni lokasi ke Muzium Negeri Kedah untuk membantu memudahkan perjalan hampa.
Ni lokasi ke Muzium Negeri Kedah untuk membantu memudahkan perjalan hampa.
↧
↧
iPrice Blogger Competition - Zalora
Assalamualaikum. Holla ~
![Image result for sadgifs]()
Dengan peralihan zaman serta teknologi, gaya hidup manusia jugak berubah. Seiring dengan itu, muncullah pelbagai laman e-dagang yang memudahkan pengguna untuk membeli belah secara di atas talian.
Pelbagai variasi barangan boleh dicari dan dibeli melaluinya, sebut sahaja, pasti anda mampu untuk memiliki tanpa perlu untuk menghadap kesesakkan lalu lintas mahupun masalah mencari parkir.
Apa itu iPrice ?
iPrice Malaysia bukanlah laman web e-dagang biasa anda. Dengan populariti yang semakin meningkat membeli-belah dalam talian, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara lain di Asia Tenggara, iPrice adalah inovasi baru dalam e-dagang. Daripada laman web membeli-belah dalam talian tradisional di Malaysia, iPrice membantu anda menemui perkara-perkara yang anda perlukan, cekap membandingkan harga antara kedai-kedai, dan mengambil kesempatan daripada kupon online, menambah nilai hebat untuk pengalaman membeli-belah dalam talian anda.
Disebalik syarikat yang membawa anda kepada Happy Fresh, iMoney, dan Syarikat Dipercayai, iPrice mula ditubuhkan pada tahun 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia. Tujuan laman web ini adalah untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian anda lebih baik dan lebih mudah dengan membawa anda pilihan barang-barang yang anda perlukan dari kedai-kedai yang berbeza di seluruh web. Dengan iPrice Malaysia, anda boleh mencari item tertentu dan dapat dengan mudah membandingkan mana kedai menawarkan produk yang berpatutan, kaedah pembayaran mudah atau penghantaran lebih cepat.
Mengapa iPrice?
iPrice bukan sahaja satu pasaran dalam talian di yang anda boleh cari produk-produk yang menarik dan tawaran yang menarik untuk membeli, tetapi ia juga satu tempat pelbagai bereputasi peniaga dalam talian, peruncit, dan laman membeli-belah akan dikumpulkan dan dipadankan mengikut istilah carian anda.
Bagaimana menggunakan iPrice ?
Anda hanya perlu mencari product yang diingini, bandingkan harganya, dan beli. iPrice juga menyediakan diskaun dengan iPrice coupon.
Dalam banyak-banyak laman e-dagang, ada beberapa darinya MZ telah berpengalaman menggunakannya. Ada yang MZ berpuas hati dengan layanan sepanjang tempoh pembelian dan ada sebaliknya.
iPrice Malaysia bukanlah laman web e-dagang biasa anda. Dengan populariti yang semakin meningkat membeli-belah dalam talian, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara lain di Asia Tenggara, iPrice adalah inovasi baru dalam e-dagang. Daripada laman web membeli-belah dalam talian tradisional di Malaysia, iPrice membantu anda menemui perkara-perkara yang anda perlukan, cekap membandingkan harga antara kedai-kedai, dan mengambil kesempatan daripada kupon online, menambah nilai hebat untuk pengalaman membeli-belah dalam talian anda.
Disebalik syarikat yang membawa anda kepada Happy Fresh, iMoney, dan Syarikat Dipercayai, iPrice mula ditubuhkan pada tahun 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia. Tujuan laman web ini adalah untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian anda lebih baik dan lebih mudah dengan membawa anda pilihan barang-barang yang anda perlukan dari kedai-kedai yang berbeza di seluruh web. Dengan iPrice Malaysia, anda boleh mencari item tertentu dan dapat dengan mudah membandingkan mana kedai menawarkan produk yang berpatutan, kaedah pembayaran mudah atau penghantaran lebih cepat.
Mengapa iPrice?
iPrice bukan sahaja satu pasaran dalam talian di yang anda boleh cari produk-produk yang menarik dan tawaran yang menarik untuk membeli, tetapi ia juga satu tempat pelbagai bereputasi peniaga dalam talian, peruncit, dan laman membeli-belah akan dikumpulkan dan dipadankan mengikut istilah carian anda.
Bagaimana menggunakan iPrice ?
Anda hanya perlu mencari product yang diingini, bandingkan harganya, dan beli. iPrice juga menyediakan diskaun dengan iPrice coupon.
Dalam banyak-banyak laman e-dagang, ada beberapa darinya MZ telah berpengalaman menggunakannya. Ada yang MZ berpuas hati dengan layanan sepanjang tempoh pembelian dan ada sebaliknya.

Tapi, kali ni nak kongsikan apa yang tak best pasal laman e-dagang Zalora dan MZ jugak nak kongsikan pandangan MZ dalam usaha untuk menambah baik mutu laman e-dagang Zalora.
MZ pernah berurusan dengan Zalora untuk beberapa kali dan sepanjang berurusan untuk beberapa kali itu, bagi MZ semuanya tidak memuaskan hati MZ. Namun, sebagai pengguna dah berkenan, mestilah beli jugakkan walaupun agak rumit jugak proses untuk membelinya.
Haaa.. itu yang MZ tak berapa kenan.. bagi MZ, Zalora bukanlah laman yang friendly user. Terkial-kial MZ nak guna, tercar-cari yang ini, tercari-cari yang itu.. Pada penggunaan yang pertama, MZ pernah give up and at last MZ close je Zalora tu. T_T
Mungkin lepas ni, Zalora boleh buat lamannya lebih friendly user. Yelah ! Pelanggan bila dah excited nak shopping, bukannya rajin membaca sangat, bukannya rajin membelek sangat. So, kalau lebih friendly user, lagi senang lah pelanggan nak membuat urusan.
![Image result for wink gif]()
![Image result for disappointed gif]()
![Image result for thumbs up gif]()
Haaa.. itu yang MZ tak berapa kenan.. bagi MZ, Zalora bukanlah laman yang friendly user. Terkial-kial MZ nak guna, tercar-cari yang ini, tercari-cari yang itu.. Pada penggunaan yang pertama, MZ pernah give up and at last MZ close je Zalora tu. T_T
Mungkin lepas ni, Zalora boleh buat lamannya lebih friendly user. Yelah ! Pelanggan bila dah excited nak shopping, bukannya rajin membaca sangat, bukannya rajin membelek sangat. So, kalau lebih friendly user, lagi senang lah pelanggan nak membuat urusan.

Selain itu, proses pemulangan jugak mengambil masa yang lama. Dan setelah pemulangan berjaya pun, tiada informasi yang sampai dekat MZ. I'm reallly disappointed with this.

Dah la pada pembelian pertama, MZ menggunakan voucher, pemulangan tu pulak, nilai voucher tidak di kredit kan sekali. Adui ! Dah la sedih dengan proses pemulangan, bertambah sedih dengan kekurangan kredit.
MZ harap, pihak Zalora dapat membuat sesuatu mengenainya. Takkanlah semua orang nak mengalami nasib yang sama dengan MZ kan.
![Image result for communication]()

Yes ! Communication is the key. Harapnya pihak Zalora dapat berkomunikasi dengan peggunanya agar segala maklumat sampai dengan tepat kepada penggunanya. Tak. dalah pengguna tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti
Lagi satu, MZ harap Zalora dapat menambah lagi merchant yang bekerjasama dengannya. Means, tambahan product lah. Sebab, hari tu MZ ada try cari satu brand ni, tapi tak dak pulak.
Tapi, Zalora puya servis penghantaran memang tip top. Tak jangka pun yang barang akan sampai awal. Yang itu, MZ bagi *****.

MZ harap, Zalora dapat mempertimbangkan cadangan MZ ni supaya Zalora bertambah maju dan lebih mudah mesra pengguna. MZ akan terus support Zalora ! gaji dah masuk, dah nak start jeling-jeling Zalora dah.
Till then. See ya ~
↧
JJCM .:. TEMPAT MAKAN BEST TEA BOSS, SUNGAI PETANI
Assalamualaikum. Holla ~
Drink tea like a boss. Gittew lah slogan Tea Boss ni.
Dah beberapa kali cuba untuk menjejakki Tea Boss ni, tapi percubaan gagal. Memandangkan Dikdik balik baru ni, dan memang ada hal nak kesana, maka misi pencarian haruslah diteruskan. Dah tak familiar kat kawasan tu, susahlah sikit mencarinya, nak pulak Google Map yang mintak dilempang, sabor je lah.
Sewaktu sampai di Tea Boss, cuma ada beberapa pelanggan sahaja, nak dijadikan cerita, memang sampai nak balik cuma ada beberapa sahaja, tidaklah full of house. Awal lagi kot, lebih kurang jam 5.30 petang gittew. Senang sikit kan nak makan, nak order, nak sembang-sembang.
MZ order, seafood agli olio, Dikdik order, chicken parmigiana dan bonda tersayang order some sort of spaghetti tapi MZ lupa nama menu dia. Pilihan makanan yang disediakan disini, agak banyak, rambang mata jugak MZ untuk memilih, begitu jugak dengan pilihan airnya. MZ memilih untuk memesan, chocolate banana, Dikdik macam biasalah, milk tea dan bonda tersayang chocolate campur coffee yang sekali lagi MZ lupa namanya. Dan sebagai tambahan, M order spicy chicken wings.
Untuk air MZ, MZ memang berpuas hati, sedap angat-angat chocolate banana tu sampai bonda pun terngigau-ngigau dengan kesedapannya. Ups ! Kat sini semuanya jenis air gelas besar yang pernah viral suatu ketika dulu, kalau rasa tak habis, kongsilah untuks atu gelas yang besar tu. MZ dengan bonda pun tak habis, siap usung merata air tersebut.
Makanan sampai pada waktu yang bertepatan, saat perut MZ baru hendak mula bernyanyi riang.
Spicy chicken wings & pasta bonda
Seafood agli olio
Chicken parmigiana
Tidak dinafikan, hidangan makanan disini, memang besar, termonyeh-monyeh lah nak habiskan sepinggan tu. Pinggan Dikdik dah macam hujan fries. Kikiki.. Gravy pun banyak...
Ayam goreng tu memang crunchy, MZ sukaaa !! Nak pulak wings yang menjadi kegilaan MZ. Padanan sos dan ayam memang ada umph nya ! Sos tu tak manis sangat dan tak pedas sangat, sweet bak kata game Candy Crush.
Seafood agli olio dan pasta bonda pada dasarya ialah hidangan yang sama, cuma lauknya sahaja yang berbeza. Bagi penggemar, agli olio, MZ rasa rasa pasta di Tea Boss ni biasa sahaja, MZ pernah rasa yang lagi sedap dari ini, bahkan air tangan MZ sendiri, lagi sedap rasanya. *sekali sekala masuk troli, sila layankan ye*
Dikdik punya MZ rasa sedap jugak, tapi Dikdik cakap chicken parmigiana nya biasa sahaja. Apalah nak dikira sangat dengan budak yang satu itu, semua restoran yang menjanjikan makanan yang sedap, akan diterjahnya. Gravy tak pahit macam disesetengah tempat lain.
Secara keseluruhannya, MZ bagi 3 bintang, dek kerana keselesaan, servis yang pantas dan baik hati, serta chocolate banana yang daebak. Mungkin MZ kena order specialty Tea Boss lepas ni untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Atau mungin pada hari tersebut, chefnya kurang sihat, jadi mempengaruhi rasa makanan.
Anda rasa, anda nilai.. jangan nilai berdasarkan apa yang MZ rasa, kerana rasa sudah tentunya tidak sama.
Ni MZ kongsikan lokasinya berserta model untuk memudahkan pencarian JJCM korang.
↧
SEMBANG GEGURL .:. IN2IT SHEER SHIMMER BLUSH
Assalamualaikum. Holla ~
Okeh ! Entri penutup untuk sembang gegurl dari minggu lepas. Hahaha... Kan dalam entri yang dulu memang ada review pasal my first blush, yang ini the second one and I'm really in love with it.
Suka sangat, sebab ada effect shimmer, sekali dengan blush. Kalau sebelum ni, blusher MZ hanyalah bertindak sebagai blusher, tapi kini, tidak lagi selepas menggunakan IN2IT. Rasa yakin dan berbeza serta teruja.
MZ dah lama nak cari blusher yang shimmer ni sebab MZ rasa, MZ tak rajin, tak pandai nak tambah bronzer untuk bagi effect glowing gittew. Dan untuk memudahkan kerja, kenalah cari blusher yang ada effect shimmer, baru senang kerja.
Cari punya cari, jumpa lah yang ini. Beberapa kali jugaklah MZ ke drug store peberet MZ *Watson*, tapi malangnya Copper Pearl ni sentiasa out of stock.
Dalam banyak-banyak warna Copper Pearl menjadi pilihan hati MZ sebab MZ nak warna yang lebih dekat dengan rona kulit. Selain Copper Pearl ada jugak Apricot Pearl *kalau tak silap MZ*, warnanya seakan-akan dengan Copper Pearl, tapi ianya agak berwarna merah jambu kalau nak dibandingkan dengan Copper Pearl.
Copper Pearl code nya 06 dan berharga bawah RM20, dalam RM16.++. IN2IT Sheer Shimmer Blush menjadi perkara rutin untuk MZ kalau nak keluar rumah. Ntah ! MZ memang suka sangatlah dengan IN2IT Sheer Shimmer Blush, dengan warna yang cantik, dengan shimmer yang tak over, memang kena dengan pilihan hati MZ.
Walaupun warnanya agak coklat, tapi bila pipi menjadi makanannya, ianya seolah-olah berwarna pink.
↧